Translate

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1438/2016

Sejarah



Selepas menyelesaikan pelajaran Tingkatan 5 pada tahun 1969, kami terpilih masuk ke Tingkatan 6 (Rendah) ke SMK Telok Anson yang sekarang ini dikenali sebagai SMK Seri Perak, Teluk Intan. Untuk kawasan utara Semenanjung sekolah inilah satu-satu sekolah yang menyediakan kelas Tingkatan Enam Aliran Melayu. Pelajarnya datang dari merata tempat dari Tanjong Malim sampai Parit Buntar.

Banyak peristiwa yang menjadi nostalgia yang berharga untuk di kenang sehingga kami menjangkau usia Warga Emas (60 tahun) pada tahun 2012 nanti. Ramai di kalangan kami telah memegang jawatan peringkat tinggi di dalam sektor awam. Sebahagian yang dapat disebut seperti Azimuddin (pesara DO Hilir Perak), Allahyarham Muzamin (DO Seberang Jaya), Dato' Abdul Halim Ain (KP PTG Malaysia), Mohd Sofian Omar (Pengarah Imigresyen WP), Januddin Dolah (Pengurus Besar KESEDAR), Dato' Shaari Manaf (Pengarah Kastam), Dato' Zainal Abidin Omar (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Perak), Husein Harun (Pengarah Pelajaran Perak), Allahyarham Sulaiman Samson (Timbalan Pengarah Pelajaran Perak), Mohd Radzi Jabar (Pengarah Pelajaran Perak, dan ramai lagi seperti Imam Baweh, Mansor Ahmad, Sofian Alias, Samri, Adnan Saad, Ramli Mat Nor, Mohd Nor Ismail (Pengarah JPJ Pulau Pinang), Ariffin, Mansor Yahya, Mansor Dahalan (Pengurus Maybank), Halim Jantan, Amiruddin Jaafar (best student kita), Datin Maheran, Kasmah, Norbiah, Sofiah, Allahyarham Khairaton, Khalidah,Zaharah, serta banyak lagi yg menghilang diri atau menyorok di merata tempat tanpa dikesan. Minta-minta hubungilah AJK untuk dikemaskini data.

Ada yang buka cawangan, ada ibu tunggal, ada duda, ada yang bercucu, ada yg dah pergi dulu, ada yg sihat, ada yg tak berapa sihat, ada yg masih aktif dan pelbagai lagi. Bayangkan nostalgia ini, sejarah tetap menjadi sejarah - tidak boleh berpatah balik. Ada penyokong kerajaan, ada penyokong pembangkang, ada penyokong Anwar, ada penyokong Ambiga (mintak jauhkan mereka ini - kalau boleh).

Untuk perjumpaan yang dirancang pada 27 Mei 2012 nanti, sangat-sangat diharapkan dapat mengumpul seberapa ramai yang boleh. Selepas itu mungkin kita takde kemampuan atau kesempatan lagi utk berkumpul dalam kapasiti yang ramai. Perjumpaan mungkin dalam kapasiti kecil di Restoran Karisma Simpang Pulai, Kopitiam Ipoh, Shah Alam atau di mana saja. Sapa yg masih ada anak dara atau teruna bolehlah bawak sekali, mana tau kalau ada jodoh boleh kita tukar2 anak buat menantu. Sekurang2nya taklah mahal sangat. Buat majlis ramai2 lagi bagus. aaaaaaaaa - gelak panjang kerana masih boleh gelak. (tidak menjadi)

Perjumpaan Reunion 4 yang dirancang telah terlaksana dengan jayanya di rumah saudara Sapian Alias di Felda Sg Klah berhampiran dengan Hot Spring. Sebanyak 28 keluarga telah hadir di majlis tersebut. Semua berpuas hati dengan perjalanan majlis terutama menu yang disediakan. Tahniah kepada saudara Sapian kerana berjaya menyediakan juadah yang memenuhi selera otai-otai 60an. Tahniah juga kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saudara Radzi

Setakat ini seramai 6 orang sahabat kita telah mendahului kita :
i. Salbiah Yusof
ii. Mustafa Embin
iii. Muzamin Mastak
iv. Khairaton
v. Sulaiman Samson
vi. Abdullah Sani Baharin

Semoga roh mereka disemadikan dikalangan orang-orang yang beriman dan dipelihara Allah.... amin

1 comments:

  1. suka crita tu,reunion ke 4 akan dtg lagi ramai kot tapi ramai juga yg telah meninggalkan kit semua,al fatihah..!

    ReplyDelete